Sulit
4 tahun
Susu yg sesuai utk bayi G6PD
Assalamualaikum & selamat petang . Sy nk tau susu formula yg sesuai utk bayi berumur 47 hari . Dan bayi ada masalah G6PD intermediate . Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anak dengan G6PD mempunyai pantang larang yang mana anda harus mengelakkan mereka daripada terdedah kepada hal-hal berikut seperti:
- kacang parang
- ubat gegat
- antibiotik yang mengandungi sulfur
- ubat anti-Malaria
- udara yang mengandungi bahan kimia seperti ubat nyamuk
- dan lain-lain
Justeru, sebaiknya anda memastikan susu yang dipilih tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak mampu diproses oleh penghidap G6PD.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.