aimansyazani89
5 tahun
Swab Test Bagi Student nak kembali ke Sabah
Salam sejahtera, baru-baru ni kerajaan ada mengumumkan untuk sesiapa yang ingin ke Sabah perlu membuat Swab Test 3 hari sebelum penerbangan. Oleh itu, saya nak bertanya, bagaimana untuk pelajar sabah yang ingin kembali ke sabah ? Adakah perlu juga untuk membuat swab test ? Kalau ya ada ka apa2 bantuan subsidi daripada kerajaan untuk menanpung kos swab test untuk pelajar ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ujian swabtest.
Untuk makluman anda, saya kurang pasti tentang prosedur untuk kembali ke Sabah, saya mengesyorkan anda untuk melawat laman sesawang KKM bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut atau menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) :
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk lakukan ujian swabtest di fasiliti kerajaan, KKM telah menetapkan harga bermula RM30 untuk RTK Antibodi, RM60 untuk RTK Antigen dan RM 150 untuk RT-PCR. Harga tersebut adalah hanya untuk warganegara. Terdapat juga pengecualian daripada membayar mengikut kes kes tertentu. Sila hubungi KKM untuk maklumat lanjut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ).Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































