
Sulit
4 tahun
Swap test kedua positif selepas kuarantin
A’kum dan selamat sejahtera…saya nak tanya doctor…saya baru dibebaskan dari kuanratin selama 16 hari dan saya harus kembali berkerja… company saya suruh swap test lagi sebab nak pastikan saya nagetif… keputusan swap test kedua selepas kuarantin adalah positif…adakah saya harus perlu kuarantin lagi dan pakai gelang…berapa lama saya perlu kuarantin dan kembali kembali balik berkerja seperti biasa dan menyara keluarga saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, keputusan ujian swab boleh menjadi positif disebabkan virus masih terdapat di dalam badan anda dan juga kebanyakan individu masih akan positif untuk seketika disebabkan terdapat antibodi terhadap virus COVID-19. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai keputusan ini untuk tindakan lanjut dan kami tidak dapat memberikan kata putus berdasarkan keputusan ujian sahaja memandangkan maklumat lanjut perlu diketahui dan faktor lain perlu diambil kira.
Sekiranya anda dikehendaki kuarantin, anda boleh melakukan kerja dari rumah (work from home) melainkan pekerjaan anda memerlukan anda berada di tempat kerja.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini