
Sulit
5 tahun
Swimming Pool for coming school holiday - Covid
Adakah Swimming pool yang di sedia kan oleh pihak hotel boleh berisiko untuk kita di jangkiti virus covid19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Oleh kerana virus ini masih dikaji, apa yang diketahui sekarang ialah virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
- Bersin ataupun batuk.
- Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
- Sentuhan seperti bersalaman.
- Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
- Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
Kolam renang mempunyai bahan pembasmi kuman iaitu klorin. Selain itu, masih tiada laporan tentang cara penyebaran melalui air buat masa sekarang.
Saya berharap jawapan ini telah memberi pencerahan kepada anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini