
Anonymous
5 tahun
Sya hamil semula selepas keguguran sebulan yg lalu
Saya wanita berumur 20an.sy mengalami keguguran(7week kandungan) pada sebulan yg lalu…kini sy hamil semula…slpas sy buat d&c doc berpesan pd sya agar berehat 3 bulan dahulu dan lepas 3 bulan itu bru boleh utk rancang kehamilan semula.utk rahim betul2 sembuh…tp kini sy trmengandung…adakah akn trjadinya resiko pada kndungan sy ini?

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, jika keguguran tanpa melalui sebarang prosedur sperti DnC, pesakit boleh kembali melakukan hubungan intim dan mengandung seawal 2 minggu setelah keguguran.
Dalam hal ini, doktor yang merawat puan adalah lebih arif tentang hal ini. Puan dinasihatkan bertemu dan berbincang kembali dengan doktor puan. Buat masa ini, memandangkan puan telah hamil, apa yang boleh para doktor lakukan adalah memantau keadaan puan dan kesihatan janin dalam rahim.
Risiko melanggar pantang ini melibatkan kesihatan ibu dan janin. Puan tidak perlu risau kerana hal ini tidak semestinya memudaratkan puan dan bayi.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.