Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sya nak hamil tp suami xnak ada anak lagi untk masa ini

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 2, 2020 3:55 AM

Sulit 6 bulan

Apakah saya boleh hamil jika saya masukkan air mani dngan jari ketika saya tgah subur… keluarg mahukan ank … tp suami xnak ada ank lgi untuk masa ini…

Dr Sri Viknarajan 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan anda.Hubungan antara suami dengan isteri adalah amat penting untuk dijaga demi keharmonian rumah tangga. Sebarang isu atau pendapat berbeza antara suami isteri perlu diselesaikan dengan cara yang elok dan berhikmah agar kedua dua belah pihak dapat mencapai persetujuan.

Secara umumnya, setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata atau anak mereka sendiri. Namun, sesetengah individu mungkin berhasrat untuk menangguhkan atau tidak ingin mempunyai cahaya mata mereka sendiri atas sebab sebab tersendiri. Jika berlaku perbezaan pendapat antara suami isteri tentang keinginan mempunyai cahaya mata seperti yang terdapat dalam kes ini, pihak puan amat digalakkan untuk berbincang dengan pihak suami bagi mengetahui sebab-sebab pihak suami tidak ingin mempunyai anak serta berjumpa dengan kaunselor bagi menyelesaikan masalah ini.

Pihak kami juga amat tidak menggalakkan puan memasukkan air mani menggunakan jari ke dalam alat sulit pihak puan bagi menjaga kebersihan. Sekiranya pihak puan ingin mendapatkan cahaya mata sendiri, pihak puan perlu berbincang dengan matang bersama suami.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 02 2020 03:55:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Rasa macam nak demam tapi suhu normal. Bila husband pegang dahi, dia cakap panas Saya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Last period saya pada 28/12/2020, dan selepas itu ‘bersama’ dgn suami tetapi bukan dalam waktu saya subur. Adakah kemungkinan saya mengandung ? Sebab r… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Adakah saya boleh pregnant? sebelum ny saya ade mual2 muntah… selepas beberaapa hari saya period… tapi sy still rasa mual2 nak muntah … Baca lagi...
3 hari
Sulit
Adakah tompok darah petanda tepat mengandung? adakah tompok darah ialah salah satu petanda awal yang akan terjadi jika seseorang tu mengandung ? ataupon akan terjadi kepada sesetangah orang sahaja ? Baca lagi...
3 hari
Sulit
Sinar x ray boleh menyebabkan keguguran Hai doc, pasangan saya akan dikenakan pemeriksaan xray pada gigi, oleh itu , xray pada gigi bole menyebabkan keguguran ke? Usia kandungan 2minggu Baca lagi...
7 hari
Sulit
Rasa senggugut pada kehamilan trimester kedua Saya wanita and sedang mengandung pada usia 25 minggu. Tadi ada rasa senggugut. Adakah itu normal pada usia kandungan saya masa ini? Baca lagi...
12 hari