Sulit
2 tahun
Sya sakit dada sebalah Kiri
Sakit dada Kiri Tenga ,Rasa berat sangat sakit nya sampai kebahu ,lidah terasa kebas dan mudah penat seperti Susa Tarik nafas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit dada sebelah kiri dan rasa berat sehingga ke bahu disertai dengan gejala cepat penat dan sukar bernafas, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ketegangan otot
- Teknik pernafasan yang tidak betul
- Kurang berehat
- Gangguan cemas ataupun panik
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , seperti:
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Masalah pada jantung
- Pedih ulu hati
- Gastritis
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung