
Sulit
4 tahun
Tahi cair selepas minum air dengan banyak
saya wanita berumur 19 tahun . sehari yg lalu saya demam agak panas, utk kekal dihidrasi, lalu saya minum air dengan banyak lebih dari kebiasaan saya. mamun , secara tiba tiba najis menjadi cair dan keluar apabila saya melepaskan angin tanpa boleh dikawal . kadang kala , rasanya memulas namun apabila ke tandas , tahi tidak mahu keluar . hal ini sudah berlaku seharian . adakah ini normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mencegahnya:
- Banyak minum air masak
- Elakkan makanan pedas dan berempah
- Ambil makanan yang lembut dan mudah dihadam
- Jaga kebersihan makanan dan tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.