Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tahi lalat atau bisul

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 17, 2020 1:22 AM

Sulit 55 hari

Saya wanita berusia 26 tahun. Sejak saya berusia 14 tahun, saya perasan ada benjolan besar pada bahagian punggung saya berwarna hitam seperti tahi lalat. Tapi saya tak pasti sama ada itu tahi lalat normal ataupun bisul, sebab kadang-kadang saya rasa benjolan tu menyakitkan semasa saya duduk. Boleh ke saya mendapatkan rawatan untuk membuang benjolan tersebut secara percuma di mana-mana klinik kesihatan kerajaan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang tahi lalat tersebut bagi mengecualikan samada ia bisul atau tahi lalat yang normal mahupun kanser kulit, melanoma. Jika rawatan yang anda diperlukan adalah pembedahan, kebarangkalian untuk mendapatkan rawatan percuma adalah mustahil.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jan 17 2020 01:22:13 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang bisul secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
yatt1781
Seakan bisul di bawah puting bayu dara mmas salam saya berumur 39 tahun.mempunyai anak baru berusia 7bulan yang tidak lagi menyusu badan. di bayu dara saya terdapat 1 ketulan seakan bisul kemerahan tapi belum nampak nanah lagi. kadang-kada… Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Bisul berdekatan dengan lubang dubor Hii, salam sejahtera, saya seorang lelaki yang berumur 25 tahun, saya mempunyai komplikasi di mana tumbuh seperti bisul atau jerawat di berhampiran dengan lubang dubor saya, ia sudah berlanjutan… Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Bisul yang sudah tidak berdarah tetapi keluar cecair berwarna kuning cair Saya wanita yang belum berkhaiwn dan saya didapati terdapat bisul di alat kelamin says.kemudian bisul itu pecah Dan says telah ke hospital dan doktor beri ubat antibiotic Dan tahan sakit. Kemudi… Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Bisul yang berulang di dubur sebelum datang haid saya mewakili pesakit berumur 30tahun. pesakit kerap datng bisul sebelum haid. setahun yang lepas doktor ada beri ubat antibiotik serta sabun untuk bisul. bisul tak muncul untuk 4bulan. selepas … Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Tahi lalat atau bisul Saya wanita berusia 26 tahun. Sejak saya berusia 14 tahun, saya perasan ada benjolan besar pada bahagian punggung saya berwarna hitam seperti tahi lalat. Tapi saya tak pasti sama ada itu tahi la… Baca lagi...
9 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!