
Sulit
3 tahun
Tairod dengan hidung tersumbat
Saya Rohana binti Ismail umur 24 tahun…saya nak jelas kan setiap kali saya makan kahak lendir terkumpul dikerongkong saya.dan hidung saya penuh dengan lendir tersumbat dua2 belah…g cek di hospital doktor cakap tak ada apa pn paru2 ok…tapi saya malam2 tak boleh tidur sebab kahak bnyk smpai nak tercekek rasa macam nak mati…apa saya perlu buat

3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kahak banyak dan mengalami lendir tersumbat dalam hidung. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk makluman anda, kahak yang banyak boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Jangkitan kuman atau virus
- Keradangan sinus
Namun ia juga boleh berlaku disebabkan perkara yang serius seperti:
- Refluks asid
- Masalah paru-paru
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.