
dinujay246
5 tahun
Tak datang period lagi..dan Juga badan tak cukup darah
Saya tak datang period normal date datang macam tukar tukar tapi bulan may and April datang 10-15 bulan ini tak datang lagi? Dan Juga badan saya tak cukup darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan yang cik/puan berikan kitaran haid yang lambat boleh disebabkan beberapa faktor yang menganggu kitaran hormon yang normal. Antara sebab haid datang lambat adalah:
- Kehamilan
- Tekanan (fizikal dan emosi)
- Sindrom Polisitik Ovari
- Hipertiroid
Manakala badan tidak cukup darah pula tidaklah jelas disini melalui penceritaan puan dan maklumat lebih lanjut diperlukan untuk mengenalpasti puncanya. Puan boleh klik di link (DoctorOnCall) ini untuk bertanya dengan lebih privasi.