Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Takut dengan diri sendiri, tangan menggigil

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 28, 2020 10:16 AM

Sulit 50 hari

Saya selalu rasa takut dengan diri sendiri. Saya pernah mengelar tangan saya beberapa kali kerana tertekan dengan keadaan semasa dan apabila teringat masa lampau. Saya pernah dinasihatkan kawan2 untuk meminta bantuan dari doctor. Dan apabila saya nervous dada saya akan mula sakit dan tangan saya menggigil. Adakah saya mengalami depression?

Dr Sri Viknarajan 50 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala mencederakan diri sendiri, takut dan menggigil merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).

Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:

  • gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
  • gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
  • gangguan mental organik
  • dll.

Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.

Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Nov 28 2020 10:16:39 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Psikiatri tentang masalah psikiatri secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Ape patut saya lakukan Saya menghidap penyakit skizofrenia…apa patut saya lakukan supaya sakit ini tak datang kembali pada saya Baca lagi...
16 hari
Sulit
Mengigil apabila teringat dengan perkara yang memalukan saya perempuan 14 tahun selalu merasa mengigil,cemas,kebas,berdebar debar,memukul diri sendiri,dan shortness breath apabila teringat benda yang memalukan walaupun perkara itu sudah lama berlaku… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Kesan pada badan hari baring malas sye lelaki 22 tahun…saye mahu bertanya…apa kah kesan pada badan kalau hari hari baring duduk tidak buat sebarang aktiviti fizikal…asyik bermalasan dirumah…apakah kesan kite boleh tahu …boleh dok… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Anxiety/ panic attack Saya ada berjumpa dgn pakar psychiatry dan dapat dua jenis ubat iaitu alprazolam dan escitalopram. Petang tadi saya rasa menggigil dan sakit dada sehingga buatkan saya rasa nak nangis lepastu sa… Baca lagi...
19 jam
Sulit
Saya dalam situasi tertanya tanya dr, saya nak tanya betul ke saya ada penyakit OCD macam yang dikatakan oleh kawan saya? sebab contohnya, sebelum makan saya akan pastikan meja makan sangat bersih & tiada satu barang pun depan p… Baca lagi...
9 hari