Sulit
2 tahun
Tanda garis lurus warna coklat dikuku ibu jari tangan dan masalah untuk mengatasi buasir
Selamat pagi doktor sya brumur 40thun,sya sorg suri rumah tgga, pda awal tahun ini sya melihat ada garis coklat pada ibu jari kuku sya…apakah tanda sya mgalami penyakit dlaman…mohon penjelasan dri doktor dan bagaimana cara mgatasi penyakit buasir…sya perlukan penjelasan dari yg lebih dari pakar…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah garis pada kuku, seperti:
- Infective endocarditis
- Kecederaan pada kuku
- Jangkitan kulat pada kuku
Buasir merupakan salah satu sebab najis bercampur darah. Keadaan ini boleh diatasi dengan:
- Elakkan dari meneran terlalu kuat
- Makan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur
- Melakukan pembedahan untuk merawat buasir
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.