
nrlatieqahzaidi
5 tahun
Tanda mengandung atau tanda datang bulan
hai dr saya nk tanya . saya last period 20/11. 2 minggu selepas saya bersama suami. saya merasakan seperti segugut mahu datang bulan tetapi rasa lebih teruk dari sebelumnya dan yang ketara sakit bawah perut saya adalah di sebelah kanan, bila saya kuat berjalan makin sakit dibawah perut saya . saya turut merasa sistem sakit kepala yang teramat, mudah lelah, dan perut sering masuk angin, kembung, gastrik dah dekat 2 minggu, bibir saya sudah pucat dan rasa mahu demam tapi tidak demam. adakah saya mahu datang bulan atau tanda mengandung? jika saya mahu datang bulan kenapa sistem mahu datang bulan itu datang awal ye doktor?.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan appendiks atau usus
- Batu karang saluran buah pinggang
- Jangkitan kuman pada buah pinggang atau pundi kencing
- Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
- Keracunan makanan
- Sista pada ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.