Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tanda rahim bersih selepas keguguran

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 28, 2020 5:39 AM

Sulit 51 hari

sya bru shja keguguran pada 29sep dan menglami pendrhn slma 3 hri sahja , kemudian pada 26oct sya telah pendrhn besrta daging gumpalan slama lebih 10 hri , mcm mana mahu tahu rahim bersih slpas keguguran? kerana sya keluar darh pada 27nov, adaka itu darah haid ?

Dr Sashini Seeni 51 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada anda atas keguguran yang berlaku.

Berdasarkan maklumat yang anda berikan, saya tidak boleh menyimpulkan apa sebenarnya pendarahan yang berlaku kerana persoalan lebih mendalam dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan. Saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor di klinik bagi melakukan pemeriksaan rahim. Hal ini kerana saya juga tidak boleh memberitahu anda adakah darah tersebut haid atau tidak. Biasanya darah haid mempunyai ciri ciri tertentu seperti yang anda biasa alami sebelum ini. Sekiranya pendarahan tersebut adalah berbeza bagi anda, sila berjumpa dengan doktor.

Namun kebiasaannya setelah keguguran berlaku, pendarahan akan berterusan selama seminggu atau dua. Jumlah darah yang keluar berbeza mengikut individu. Boleh jadi juga darah yang keluar adalah darah nifas selepas bersalin atau keguguran. Darah nifas terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Lochia Rubra : berwarna merah terang, selepas sehari atau dua hari bersalin
  • Lochia Serosa : berwarna pink-perang dan berterusan sehingga hari ke 10
  • Lochia Alba : berwarna putih kekuningan berterusan sehingga 6 minggu selepas kelahiran

Pastikan persoalan anda tentang keguguran terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor yang merawat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Nov 28 2020 05:39:03 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang keguguran secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Berapa lama pendarahan selepas keguguran? Hi doktor !! … saya keguguran pada 10 minggu kandungan dan sudah buat D&C 3/12 baru ni di hospital… adakah normal smpai skrg masih keluar darah tapi tak banyak just sikit sikit je…darah tak ada … Baca lagi...
36 hari
Sulit
Pil Keguguran untuk Keguguran Janin Yang Berusia 2 Bulan Pada tahun 2019 saya telah mengandung dengan kandungan yang berusia 2 bulan dan saya telah membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan tersebut dengan membeli pil keguguran yang dijual di int… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Gugur dan tidak boleh hamil lagi Hi Doc. Saya pernah hamil awl 20an kemudian lakukan penguguran ketika usia kandungan 3 msuk 4 bulan. Sekarang sy brkahwin,hampir 12 tahun tapi sehingga kini tidak pernah hamil. Adakah saya tiada… Baca lagi...
28 hari
Sulit
Adakah saya nak mengalami keguguran saya berumur 39 thn ibu kpd 3 org anak pernah keguguran tahun 2017 sekatang sy pregnent 6 minggu 6 hari baru scan smlm kantung ada tp kosong ada keluar darah coklat selama 3 hari dan hari k 4 s… Baca lagi...
29 hari
Sulit
Mohon pencerahann tentang keguguran yang sya alami slmt pagi, sy mau tnya pada 29sep sy tlh keguguran ,n then datang drh berupa gumpalan brserta darh slmaa 12hri . adakah itu saki baki kandungn y tlah keguguran atauu itu adalah period? Baca lagi...
53 hari