
Sulit
4 tahun
Tanda tanda bipolar help me doktor . Saya dah tak tahan , tolonglah jangan beritahu ibubapa saya
Saya gadis berusia 17 tahun. Saya mengalami masalah perubahan emosi dalam masa yang singkat . Saya sepatutnya dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut tapi mak ayah tk nk hantar dan sekarang saya berada di fasa kemurungan teruk , saya tidak dapat berhenti menangis dan makan tanpa henti. Agak membimbangkan kerana minggu depan telah bermulanya peperiksaan penilaian target SPM dan saya hilang minat dalam semua perkara

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, hanya dengan penjelasan di atas, sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai keadaan anda.
Sebaiknya, anda merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor di klinik/hospital berhampiran. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psikiatri jika perlu. Justeru, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda bagi mengatasi masalah ini demi kebaikan diri anda.
Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sebelum keadaan anda semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.