
fakepiji
4 tahun
Tangan berdenyut denyut seperti kebas
Saya berumur 20 tahun lelaki, saya mengalami kesakitan di sebelah tangan kanan. Seolah2 dia berdenyut,lesu dan kebas

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kebas berdenyut-denyut pada sebelah tangan sahaja ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- komplikasi penyakit kronik seperti kencing manis
- kecederaan kepada saraf tangan (ulnar nerve palsy, median nerve palsy)
- carpal tunnel syndrome
- penyakit saraf sistemik
- strok
- Guillain Barre syndrome (lazim selepas demam kerana jangkitan kuman)
- sakit otot kerana penggunaan tangan yang banyak
- tekanan terhadap saraf seperti (student’s elbow)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.