abdulqayum28111987
5 tahun
Tangan Dan kaki berpeluh
Selalu kerap berpeluh ketika takut, waktu panas, membuat kerja
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan.
1)Hiperhidrosis utama atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas. Sebagai contoh, hiperhidrosis palmoplantar adalah peluh yang berlebihan pada tapak tangan dan tapak kaki.
2)Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubat. Hiperhidrosis mungkin wujud sejak lahir atau mungkin berkembang di kemudian hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes peluh berlebihan cenderung bermula semasa tahun remaja.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih





















