Sulit

3 tahun

Tangan Kiri berapa Biji Merah

Saya lelaki 20 thn dan tlh buat sex pada julai dan telah test rapid hiv test pada ogos dan adalah negatif. 4 hari lepas, saya dapati tangan saya ada 4 biji bintik merah dan tidak sakit dan gatal… bila sye sapu dan tido aircon balik jdi hitam n x merah sgt… bila lps mandi merah blk. Adakah sye perlu rapid test lagi 1 kali? Adakah ni effect dri hiv?mohon berikan saya jawapan. Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala bintik-bintik merah yang tidak sakit dan gatal pada tangan anda. Kami juga memahami kebimbangan anda mengenai jangkitan HIV yang anda curigakan sama ada ia berkait dengan bintik-bintik merah tersebut ataupun tidak.

Untuk makluman anda, jangkitan HIV akan menimbulkan beberap simptom-simptom seperti:

  • Sakit kepala
  • Demam panas
  • Sakit tekak
  • Keletihan
  • Kelenjar limpa yang bengkak
  • Sakit otot dan sendi
  • Cirit-birit
  • Keruaman yang tidak gatal, tapi selalunya muncul pada kawasan dada
  • Ulser mulut atau ulser pada bahagian alat sulit.

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.

Kami tidak pasti sama ada bintik-bintik tersebut berkait dengan jangkitan HIV kerana simptom-simptom yang anda alami tidak mencukupi untuk melengkapkan kriteria sebagai mangsa jangkitan tersebut. Oleh itu, terdapat beberapa penjelasan lain mengenai masalah bintik-bintik merah pada tangan yang anda alami, iaitu:

  • Alahan kulit (Contact dermatitis)
  • Jangkitan HPV (Human papilovirus). Ini merupakan salah satu STD yang dikenali
  • Jangkitan kuman Molluscum Contagiosum
  • Seborrheic keratosis. Sejenis ketumbuhan pada kulit
  • Ekzema
  • Jangkitan kulat seperti Ringworm
  • Psoriasis

Namun, kami tidak sarankan anda untuk mengecualikan jangkitan HIV kerana ujian yang anda lalui mungkin memberikan keputusan yang salah. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan terlebih dahulu bagi mendapatkan siasatan visual bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

shutterstock_421151131

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)