Sulit
3 tahun
Tangan kiri kebas sejurus bangun tidur
Saya berusia 27 tahun, semenjak dua menjak ini, saya perasan sejurus saja saya bangun dari tidur di awal pagi, saya merasakan lenguh/kebas di tangan kiri. minta doktor semua membantu. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tangan kebas setelah bangun tidur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Posisi tidur yang salah-tidur atas tangan anda
- SIndrom Carpal Tunnel
- Cervical spondylosis
- Thoracic outlet syndrome
- Peripheral neuropathy
- Kencing manis
- Menjalani rawatan kemoterapi
- Vitamin B12 deficiency
- Alcohol abuse
- Ganglion cyst
- Hipertiroid
Seperti yang tertera di atas, banyak punca yang boleh menyebabkan tangan anda kebas. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya berlaku dengan terlalu kerap atau semakin teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.