
Sulit
4 tahun
Tangan menggigil tanpa rasa berdebar dan resah
hi doktor saya remaja perempuan berumur 16 tahun. beberapa hari yang lalu saya telah berjumpa doktor di klinik kerana keadaan saya yang tidak berapa sihat,dalam masa yang sama saya sempat bertanyakan tentang keadaan saya di sekolah yang sentiasa berasa resah dan tidak selesa tanpa sebab. Jadi doktor sahkan saya mempunyai anxiety dan dalam masa yang sama saya bercerita kepada doktor saya rasa berdebar dan tangan saya menggigil sehingga doktor perasan. Jadi doktor minta saya buat ujian darah kerana doktor syak saya mempunyai penyakit tiroid. Setelah 2hari keputusan ujian darah saya normal. Jadi selepas saya balik dari klinik,keesokan harinya saya berjumpa cgu di sekolah saya dan tangan saya tiba” menggigil tetapi saya tidak rasa berdebar atau cemas. Malam keesokan harinya juga saya rasa tangan saya seperti menggigil. Jadi apa kesimpulan yang dapat doktor berikan.
Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anxiety merupakan kondisi mental yang seseorang ini akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Disebabkan masalah ini perlu dinilai dengan lebih teliti oleh doktor pakar psikiatri sukar bagi pihak kami untuk menentukan jika anda mempunyai masalah anxiety. Beberapa maklumat diperlukan sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Buat sementara waktu kami sarankan anda untuk melakukan perkara-perkara ini untuk mengurangkan simptom-simptom yang berlaku:
- Melakukan teknik pernafasan yang betul
- Mengosongkan fikiran
- Menenangkan diri
- Fikir tentang perkara yang boleh menenangkan fikiran dan diri anda
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Sekiranya anda pesakit dan mengambil ubat, patuh kepada arahan doktor dan ambil ubat seperti yang diberikan oleh doktor
- Lakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.