
Sulit
4 tahun
Tangan sering menggeletar sehingga orang disekeliling juga perasan
Saya berusia 23 tahun. Saya telah mengalami masalah tangan menggeletar dan sejak akhir akhir ini ia semakin obvious. Terutama ketika memegang sesuatu. Saya tidak dapat mengawalnya. Rakan di sekeliling saya turut perasan hal ini dan sering menegur saya. Apakah rawatan yang saya boleh terima?Adakah ini berkait dengan anxiety? Saya nak gi klinik tetapi saya rasa masalah saya terlalu biasa

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah tangan menggeletar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- essential tremor (tangan menggeletar tanpa sebab)
- penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- pengambilan kafein berlebihan
- penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- anxiety (kegelisahan)
- gula dalam darah rendah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.