nikaziz75
6 tahun
Tapak kaki kiri berdenyut sekiranya banyak berjalan &sakit pada pinggul sebelah kiri sekiranya duduk diatas kerusi pejabat
Saya lelaki berumur 44 tahun, beberapa bulan yang lalu saya kerap mengalami kebas pada kaki sebelah kiri ketika duduk di kerusi pejabat ataupun memandu. Semasa memandu saya kena betulkan kedudukan kerusi kenderaan untuk dapatkan position yang sesuai untuk kurangkan kebas tersebut. Saya telah dapatkan khidmat tukang urut untuk meredakan masalah ini. Selapas berurut masalah itu hilang. Namun dalam masa beberapa hari kebas itu akan datang lagi. Dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini masalah saya semakin serius. Apabila duduk punggul sebelah kiri akan merasa sakit dan dari paha hingga ke kaki akan merasa teggang. Tapak kaki saya akan berdenyut2 apabila banyak berjalan dan menjadi sakit. Untuk pengentahuan doktor kerja saya memerlukan saya banyak berjalan kaki untuk membuat pemantauan disekitar tempat kerja. Apabila selesai tugas saya akan memintak bantuan isteri ataupun anak2 untuk mengurut atau memijak kaki kiri saya untuk menghilangkan kesakitan dan ianya berkesan untuk melegakan kesakitan. Apakah yang menyebabkan perkara ini terjadi pada saya doktor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alamii boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sciatica
- Piriformis syndrome
- Hernia nukleus polposus
- Peripheral neuropathy
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





































