Sulit
2 tahun
Tatacara pengasingan diri sesama pesakit covid dalam satu rumah
Sy dan suami positif covid tpi kena kuarantin di rumah disebabkan golongan risiko rendah. Bolehkah kami berkongsi bilik kerana telah sama sama positif? Atau perlu kuarantin di bilik berasingan serta masih perlu menjaga jarak dan lain lain. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, adalah lebih baik jika anda berdua menjalani kuarantin dalam bilik berasingan dan menjaga jarak antara satu sama lain serta ahli keluarga yang lain. Hal ini adalah kerana kadar jangkitan dan keparahan jangkitan covid 19 adalah berbeza setiap orang mengikut tahap ketahanan imun badan masing-masing. Namun, jika anda mempunyai halangan untuk kuarantin di bilik yang berasingan, anda dibenarkan untuk menjalani kuarantin di dalam bilik yang sama.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini