
Sulit
4 tahun
Tdak selesa tekak dan hipertiroid
Sy pndrita hipertiroid,sy kerap rasa tdk slesa dtekak…tekak rsa mcm ada sesuatu dn kadang2 rasa mcm tercekik.apa yg ptut sy buat doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak selesa di tekak. Kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan dibuat mengenai punca sebenar masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab hipertiroidisme seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan. Goiter merupakan pembengkakan pada kelenjar tiroid dan boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal). Goiter yang terlalu besar boleh menyebabkan masalah kesukaran bernafas atau menelan di samping masalah dari segi kecantikan/kosmetik.
Manakala, Nodul tiroid pula boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar.
Berdasarkan penerangan anda, saya menasihati anda segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom yang serius seperti sesak nafas/ kesukaran untuk bernafas. Hal ini supaya rawatan yang cepat langsung dapat diberikan kepada anda. Tidak kurang juga, pemeriksaan fizikal adalah diperlukan bagi mendapatkan rawatan yang tepat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !