
rahimi5624
5 tahun
Tegang otot atau urat
aslm dr. sy llki brumur 28thun. berat bdn 130kg. sy ada drh tggi. ambil ubt drh tggi stiap hri slma sthun lbh sdh. soalan sy kdg kala otot sy rasa tegang trutma bhgian leher prut. adekh mslh lain atau krna mslh yg sdia ada? blehkn sy ambil ubt lembut urat? sy pon kurg psti otot atau urt yg rsa tegang itu. t.k

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya anda jelaskan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan leher perut serta gejala lain yang dirasakan selain tegang seperti sakit, mual muntah dan sebagainya.
Merujuk kepada ubat lembut urat, sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor untuk dikenalpasti punca masalah sebelum memulai perawatan. Bincangkanlah dengan doktor anda tentang kebaikan dan keburukan pengambilan ubat tersebut berbanding diagnosis penyakit anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih