Sulit
5 tahun
Tekak bernanah teruk selepas makan antibiotik
hi im 24. recently got high fever for 3 days and see the doctor after that. tekak i slighly merah and ada bintik putih. after that i take antibiotics amoxicillin its brcome worde alot of white spot at there. is it common and somet mes slightly susah nafas. and also what food can i eat to prevent it worst. some doctor said can eat icecream and some not. cant minum minuman panas? porridge ? rice ?
hopefully doctor can explained details because im very confiuse and just consume water only
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika tekak anda masih tidak sembuh selepas 7 hari, saya sarankan untuk ke klinik dan dapatkan antibiotik yang lebih kuat. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor bila anda berasa sukar untuk bernafas kerana ia bermakna tonsil anda telah menganggu saluran pernafasan anda.
Antara makanan yang anda boleh makan adalah:
- aiskrim vanilla
- sup yang suam
- yogurt
- oatmeal
- bubur
- susu
- sayuran yang sudah dimasak
Secara am, makanan lembut yang mudah untuk anda telan dan tidak melukakan tekak anda.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.





























