Sulit
4 tahun
Tekak berpasir dan gatal selepas habis demam selsema
Hi/salam doc…saya wanita ber umur 3Sy menghadapi tekak berpasir dan gatal selepas baik selsema dan demam…sblum tu Sy mmg menghadapi masalah tonsil ber bintik putih tetapi doc Sudah beri antibiotik dan Sy Sudah habiskan dankelmarin saya sakit gastrik…jadi doc Knp tekak Sy rasa berpasir dan gatal serta rasa perut dan panas?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selepas jangkitan tonsil, anda mungkin masih mengalami sakit tekak. Walaupun anda sudah habis antibiotik, badan anda akan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Masalah gastrik anda pula boleh disebabkan oleh anda tidak makan. Selain itu, anda mungkin telah makan makanan pedas sebelum itu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.