zietech88

4 tahun

Tekak dan telinga berasa sangat gatal serta bersin

Saya lelaki berumur 33 tahun, tekak dan telinga saya kerap berasa sangat gatal dan tidak selesa serta akan bersin jika terlampau gatal. Masalah ini juga berlaku pada anak perempuan saya yg kini berumur 6 tahun. Tetapi anak saya kerap bersin dan gatal tekak sahaja. Perkara ini dah berlarutan sejak 2-3 tahun lepas. Dan untuk pengetahuan saya dan anak tidak tinggal bersama. Saya tinggal di KL, dan anak saya tinggal di kampung di jaga oleh mak di Melaka. Apa punca masalah ini?

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada tekak dan telinga serta bersin. Untuk makluman anda, masalah gatal pada telinga boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:

  • jangkitan kuman pada telinga
  • masalah pada gegendang telinga
  • nanah/abses
  • alahan kulit
  • eczema
  • psoriasis

Manakala gatal pada tekak boleh disebabkan jangkitan kuman daripada telinga ataupun masalah lain seperti:

  • Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
  • Jangkitan tonsil
  • Keradangan tonsil
  • Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
  • Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Bersin adalah reaksi fisiologi tubuh badan untuk mengeluarkan bahan asing daripada saluran pernafasan. Namun, sekiranya kekerapan bersin terlalu banyak, ia boleh menunjukkan suatu petanda jangkitan ataupun alahan.

Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang perkara ini. Memandangkan masalah yang anda hadapi sudah bertahun lamanya, adalah sebaiknya anda merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung kepada doktor. Begitu juga dengan anak anda. Hal ini kerana maklumat serta permeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang diagnosis atau kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor di klinik/hospital berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)