Sulit
5 tahun
Tekak dn dada tidak selesa
sayay telah ditugaskan di pasarborong KL yg merupakan salah satu lokasi PKPD
dlm tempoh tekak berasa gatal dn batuk sekali sekal namun terasa spt ada kahak tp tidak, adakah say perlu membuat saringan?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit tekak yang dialami dalam jangkitan coronavirus ini menyebabkan tekak sakit dan tidak selesa terutama sekali ketika menelan. Jika di lihat ke dalam mulut, pharynx (bahagian belakang tekak) menjadi radang dan berwarna merah.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































