rohidah84
4 tahun
Tekak gatal batuk dah tak ada
Saya wanita 30an…masalah saya tekak gatal…sebelum ni saya batuk tapi dah lama…tpi masalah sekarang tekak gatal sampai sekarang…batuk dah tak ada…kalau baring lagi lah saya rasa ada benda je begerak dalam tekak…macam mana tu Dr
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kegatalan tekak ini mungkin boleh disebabkan oleh kahak yang tertinggal daripada sakit batuk tersebut. Ianya juga boleh disebabkan oleh proses inflammasi badan untuk membasmi jangkitan tekak.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.