
arha.permata03
5 tahun
Tekak gatal bila makan kekacang
Kerapkali apabila saya makan kekacang tekak saya mula gatal2 dan terasa perit. Ini menyebabkan saya mula terasa batuk2. Kadang2 terasa pedih dan perit walaupun saya minum air kosong selepas makan kekacang ini. Namun rasa gatal ini akan beransur hilang apabila saya minum air kosong dan menghisap gula2 batuk yang boleh didapati di farmasi. Mohon maklumbalas dari doktor tentang masalah yang saya hadapi ini. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tekak gatal yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Radang tonsil
- Luka pada tekak
- Alahan kepada makanan seperti kekacang
- Kekacang tersekat pada saluran makanan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.