
kavithamanimaharan
5 tahun
Tekak Kering and Rasa Acidity
Tekak saya rasa sangat dry and rasa acidity. Saya dah check temperature normal tapi takut sebab tekak kering. Makan, minum semua ok!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya kurang pasti dengan maksud anda,tekak rasa acidity. Saya memerlukan maklumat tambahan lain untuk memastikan apakah gejala tersebut. Namun, menurut pendapat saya, apa yang anda alami ini mungkin perkara biasa. Tambahan pula ia ia tidak menganggu aktiviti harian anda seperti makan dan minum.
Oleh itu, saya galakkan untuk anda banyak minum air bagi melegakan tekak kering. Akan tetapi, sekiranya gejala anda berlajutan atau semakin parah, amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada dokto kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.