
mrazif.rahmat
2 tahun
Tekak kering semasa tidur
Saya berumur 36 thn. Berat badan 79kg . Masalah saya apabila terjaga di awal pg disebabkan tekak terasa kering.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah tekak kering selepas bangun tidur boleh disebabkan:
- Bilik yang panas ketika tidur
- Tidak cukup hidrasi
- Asid refluks (gastrik)
- Penyakit kencing manis
- Penyakit diabetes insipidus
- Kesan ubat seperti ubat darah tinggi
Anda disarankan untuk menjalani saringan ujian kesihatan bagi melihat status darah tinggi dan kencing manis disamping mengenalpasti punca lain bagi masalah tekak kering ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.