
Sulit
3 tahun
Tekak rasa berlendir macam berkahak dan bila baring pangkal saluran tekak terasa seperti ada sesuatu yang menekan selain dari itu perut rasa macam kembung
Saya seorang lelaki melayu berumur 56 tahun dengan ketinggian 162 cm dan berat 75 kg. Saya tidak ada sebarang penyakit keronik. Sejak kebelakangan ini tekak saya selalu rasa berlendir macam berkahak dan bila baring pangkal saluran tekak terasa seperti ada sesuatu yang menekan selain dari itu perut rasa macam kembung, suhu badan rasanya normal tiada tanda-tanda deman serta sedikit batuk-batuk ringan. Masalah ini sering berlaku bila hendak baring untuk tidur. Untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan saya mengelan air liur dan ianya akan berakhir dengan bersenawa. sekian harap pihak tuan dapat memberi penerangan dengan permasalahan saya hadapi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah ketidakselesaan pada tekak dimana terasa berlendir dan seperti ada sesuatu menekan serta perut terasa kembung. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian lazimnya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Kahak yang terkumpul
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.