Sulit
3 tahun
Tekak sakit bila bercakap
Saya wanita berumur 45 tahun…Hampir sebulan saya mengalami sakit teksk… mkn minum ok… cuma bila bercakap dia akn rasa nyilu mcm Ada luka… bercakap lm jadi sakit… ada gangguan bila bercakap byk atau suara tiggi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai sakit tekak yang anda perihalkan seperti:
- Jangkitan kuman pada tekak
- Keradangan pada tekak
- Keradangan pada tonsil (Tonsilitis)
- Jangkitan virus seperti infectious mononucleosis dan virus selesma
- Otot pada tekak yang tegang
- Alahan tekak
- Penyakit beguk
- Kecederaan pada tekak (akibat mengeluarkan suara lantang dan tinggi)
- Penyakit refluks esofagus (GERD)
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Sementara itu, kami nasihatkan anda untuk meminum air dengan banyak. Pastikan anda tidak meminum minuman yang bergas serta diproses. Kurangkan merokok dan juga amalkan minum madu (untuk kelegaan).
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan, terutamanya jika anda mengalami simptom-simptom seperti:
- Batuk berkahak, kering atau berdarah
- Sesak nafas
- Demam panas tinggi
- Menggigil serta sakit sendi
- Sakit pedih ulu hati ataupun sakit dada
- Keletihan dan tidak bermaya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.