Sulit
3 tahun
Tekak sentiasa kering
Saya wanita berumur 44thn.kebelakangan ini tekak sy sentiasa berasa kering.saya tidak demam dan tekak tak sakit.cuma ade sorethroat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Pada pendapat kami, tekak yang sentiasa kering yang anda terangkan mungkin bermaksud ketidakselesaan pada tekak. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya ialah:
- Bendasing pada tekak
- Jangkitan bakteria atau virus
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Masalah pada kelenjar tiroid
- Ketumbuhan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.