Sulit
3 tahun
Tekak terasa panas adakah penyebab radang tonsil
Saya ingin bertanya… Saya punya tekak kadang kadang terasa panas. Dan saya mengalami radang tonsil. Adakah? disebabkan radang tonsil. Dan saya ingin bertanya adakah kumur dengan air garam adalah satu alternative Yang baik untuk memulihkan radang tonsil. Dan saya ingin bertanya bolehkah saya minum air sejuk dan makan ais krim ketika mengalami radang tonsil… Tq doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tekak anda boleh berasa panas ketika mengalami radang tonsil. Anda boleh berkumur dengan air garam untuk melegakan rasa perit di tekak anda dan membantu proses pemulihan. Anda amat digalakkan untuk makan ais krim dan minum banyak air untuk melegakan rasa sakit atau rasa panas di tekak seperti yang anda terangkan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.