
Sulit
5 tahun
Tekak terasa sakit sikit tp boleh telan makanan
Doc,tekak saya ade rase mcm sakit sikit tiap kali bngun.saya xde mslh susah nk telan semuanya ok. mungkin cbb dengkuran saya kuat setiap mlm. Tp bila saya p klinik kerajaan,dia hanya beri saya ubat kumuran(Thymol).dh 3 botol saya berkumur ttp jgk same.dia cuma ckp tekak saya merah.tp xde pn bg saya ubat makan(pil) atau ubat air.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan tonsil
- Keradangan pada saluran farinks (pharynx)
- Jangkitan kuman
- Trauma pada saluran tekak
Jika pemeriksaan mendapati jangkitan bakteria pada tekak, barulah ubat makan antibiotik diberikan. Oleh itu, pemeriksaan lanjut serta sejarah sakit perlu diketahui terlebih dahulu sebelum memberikan ubat-ubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.