
kamariahsmksb
5 tahun
Tekanan darah 122/66 pulse 37. Badan rasa letih. Adakah ini baik utk ibu 71 thn
Tekanan darah 122/66 pulse 37. Badan rasa letih . Adakah ini normal utk ibu 71 thn

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tekanan darah ibu anda berada pada batas normal. Akan tetapi pulse yang rendah boleh jadi menyebabkan ibu berasa letih. Sebaiknya mendapat konsultasi doktor, dan perlu segera, terutamanya jika terdapat gejala tambahan seperti:
- demam
- mual, muntah
- rutin buang air besar dan buang air kecil yang berubah daripada biasa
- sesak nafas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Nuno Alberto