
Sulit
4 tahun
Tekanan sarah rendah
Selamat petang…Sya berumur 43tahun…sya skrng makan ubat verapil 40mg krana ada masalh jantung berdegup laju…hampir 2blan sya makan ubat tu…sya dapati tekanan darah sya sekitar 100/70…dgan degupan 70@80…sya tiada masalh pening kepala…adakah bacaan tu normal atau pun dikatakan tekanan darah rendah? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tekanan darah.
Untuk makluman anda, darah rendah boleh didiagnos melalui dua cara samada bacaan tekanan darah atau melalui gejala:
- Bacaan tekanan darah: kurang daripada 90/60 mmhg
- Melalui gejala seperti: sakit kepala, pengsan, muntah, penat, kurang daya tumpu
Bacaan darah boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah alat bacaan dan persekitaran. Oleh itu sekiranya anda mengalami gejala atau inginkan kepastian, sila berkunjung ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Masih gusar dengan masalah tekanan darah anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.