Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Teknik simulator dubur

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 10, 2020 8:34 AM

Sulit 2 bulan

Hai doctor… Baby saya 2bulan 2mggu x berak 8hari…d klinik TERSEBUT doc Tu x bgi ubt ap2 untuk bb berak just rangsang dubur bb untuk bb meneran berak guna cotton bud…persoalan nya jika anak saya dri hari berak di klinik msih x berak mlebihi semggu boleh tak gunakn teknik TERSEBUT untuk bb meneran@rngsang untuk berak…adakah bhya untuk bb.

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sembelit anak anda.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada masalah untuk melakukan raangsangan sebegitu asalkan anda mengetahui teknik yang betul. Namun melihat kepada situasi bayi anda yang kerap sembelit sejak dua minggu yang lalu, saya syorkan anda untuk membuat pemeriksaan sekali lagi di klinik atau hospital kerana bimbang terdapat penyakit lain yang menyebabkan sembelit ini berlaku.

Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.

Selain daripada teknik yang anda nyatakan, anda juga boleh mencuba beberapa cara lain seperti:

  • Menyusu bayi dengan lebih kerap
  • Sekiranya menggunakan susu formula, pastikan anda mengikut arahan cara menyediakan susu dengan betul
  • Melakukan urutan di perut bayi
  • Mandikan bayi dengan air suam

Sekiranya sembelit ini masih berulang, saya berharap anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemriksaan dan rawatan susulan.

Si cilik perlu mendapatkan perhatian kesihatan yang sebaiknya. Bincang isu kesihatan kanak-kanak bersama pakar bertauliah

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Nov 10 2020 08:34:12 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Anak cirit selepas minum susu fm Hai. Anak sy berumur 1 tahun 10 bulan. Sebelum ni dia minum susu pediasure perisa vanilla. Ok ja. Tetiba baru-baru ni tiap kali selepas minum susu dia akan cirit. Sakit perut memulas. Kenapa ya?… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Alahan terhadap paracetamol Anak saya berumur 6tahun dan baru saya sedar dia mempunyai alahan terhadap paracetamol. Dimana dia akan mengalami gatal2 kulit dalam masa 2-3jam selapas makan ubat. Oleh itu apakah ubat yang say… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Excema dan Beprosalic oitment Bayi saya berusia 6bulan dan mempunyai G6PD dan mempunyai excema badan, sesuai x saya gunakan Beprosalic oitment pada badannya dan berapa lama prolog yg bole digunakan dalam satu² masa? Baca lagi...
9 hari
Sulit
Ubat Gigi sesuai untuk kanak kanak G6PD Saya mencari ubat Gigi Yang sesuai untuk anak saya berusia setahun 3 Bulan ,G6PD deficiency Baca lagi...
15 hari
Sulit
Imunisasi Bayi berumur 2 bulan Bayi saya lahir pada 22/10/2020. Pada temujanji pertama dengan klinik kesihatan, dimaklumkan bahawa tiada suntikan vaksinasi untuk bayi sebulan iaitu suntikan hep b dos kedua kerana vaksin baru … Baca lagi...
14 hari