Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Telinga anak saya yang berumur 2 tahun berkemungkinan telah masuk air semasa mandi air

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 19, 2020 2:00 AM

Sulit 2 bulan

Assalammualaikum doktor, saya seorang ibu kepada 4 cahaya mata.
Pada minggu lepas, semasa pulang ke rumah ibu saya, adik saya telah membantu saya untuk memandikan anak saya yang nombor tiga, berusia 2 tahun. Selepas sudah mandi,adik saya memberitahu, berkemungkinan telinga anak saya masuk air.Sejak kejadian tersebut, saya mendapati anak saya kerap kali memegang telinganya, apabila saya cuba periksa, saya mendapati ada tahi telinga, dan saya membuangnya. Tapi keadaan anak saya masih sama, masih kerap memegang telinganya.Apakah yang saya patut lakukan? Perlukah saya bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut?

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anak anda mungkin berasa tidak selesa kerana:

  • tahi telinga tersumbat
  • Jangkitan telinga tengah
  • Jangkitan telinga luar

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan kerana anak anda masih terlalu muda untuk menjelaskan simptomnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 19 2020 02:00:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Kesihatan Kanak-Kanak dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Bacaan gula darah darah untuk kanak2 DOCTOR BOLEH BERITAHU SAYA BACAAN NORMAL GULA UNTUL KANAK KANAK. TERIMA KASIH Baca lagi...
3 hari
Sulit
Anak saya umur 9 tahun Berak berdarah Umur 9 tahun berak keluar darah banyak , anak saya kata tak sakit… Cuma berak susah … Jadi dia teran… Najisnya tidak keras dan tidak lembut…berwarna coklat Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Perkembangan anak Tidak seperti umurnya a Salam sejahtera doktor… Saya ingin bertanya, saya mempunyai 3 org anak… Tetapi anak saya pertama sikapnya bebeza sedikit… Anak saya tdk dapat fokus dalam kelas dan pembelajarannya sgt teruk, dia… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Anak bibir Luka Dan pecah di bahagia bawah Dan Ada bleeding Anak saya berusia 1 tahun 10 Bulan perempuan terjatuh disofa Dan terkena bibir,Luka Dan pecah sedikit dibahagian bawah Dan saya sudah bersihkan darah nya tuam Dan bunuh ubat dibahagian bawah bel… Baca lagi...
24 hari
Sulit
Demam 3 hari dan ada biji belakang telinga Anak sy umur setahun demam panas lebih 3 hari. Suhu 38 - 39.1c. Ada cirit birit.Wlupun selepas ambil supp, paracetemol, jerlum dgn air, suhu dia turun sedikit dan kemudian naik semula. Sudah bua… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi