
norhanizaoff
3 tahun
Telinga bayi bernanah dan berair
Anak saya (1 tahun 7 bln) mengalami masalah telinga mengeluarkan nanah. Saya dah bawa jumpa doktor dan doktor masukkan camera dan cuci telinga juga. Hari ini keadaan masih sama malah bhg telinga membengkak. Saya nak bawa ke hospital. Masalah saya, anak sangat tidak memberi kerjasama untuk pemeriksaan. Adakah dr ent akan beri bius am atau anak ditidurkan untuk pemeriksaan lanjut. Saya risau dia meronta semasa rawatan.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan puan tentang gejala telinga bernanah, berair dan bengkak pada anak puan. Kami akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan puan gejala telinga bernanah dan berair boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- jangkitan telinga
- trauma
- telinga tersumbat
Namun begitu, terdapat pelbagai kaedah dalam melaksanakan rawatan telinga pada kanak-kanak. Rawatan yang menyeluruh adalah penting untuk mencegah komplikasi yang lebih serius.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk ke doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang rawatan selanjutnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar ENT Kanak-kanak