
Sulit
4 tahun
Telinga bengkak dan sakit
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami sakit telinga yang melampau dan bengkak hingga demam. 3 hari yg lepas saya telah datang untuk berjumpa dengan doktor mengenai telinga saya yang tersumbat dan sedikit nyeri pada bahagian dalam telinga. Saya diberikan temu janji pada tanggal 8 januari 2021 dan alhamdullilah, pencucian telinga berjaya dilakukan. Namun begitu, saya mengalami sakit telinga yang melampau hingga bengkak bahagian leher, dan pipi. Ketika saya mengatakan hal tersebut, petugas yang bertugas melihat 3x berturut2 kerana saya balik2 mengadu sakit… Ketika petugas tersebut memeriksa telinga saya, alat yang digunakan terasa seperti menambahkan lagi sakit yang saya alami dan jawapan petugas tersebut masih sama iaitu “semuanya nampak ok dan baik”. Apabila malam menjelang, saya dapati telinga saya semakin membengkak dan berdenyut bahagian dalam yang menyukarkan saya untuk tidur. Jika saya menguap, sakit tersebut semakin bertambah disebabkan tekanan telinga. Selain ini, kesakitan yang melampau membuatkan saya sedikit pening dan demam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit telinga dan telinga bengkak. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman di telinga
- trauma lubang telinga
- inflamasi lubang telinga
- foreign body atau cerumen obstruction
- dan lain-lain
Maka kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali agar rawatan susulan dapat di berikan. Namun buat sementara waktu, saya sarankan anda untuk:
- berhati-hati ketika mandi agar air tidak termasuk kedalam lubang telinga
- jangan cuba mengorek, menekan atau meletakkan sesuatu kedalam lubang telinga
- jangan cuba membeli mana-mana ubat tetesan atau pil tanpa pengetahuan doktor
- makan ubat demam sekiranya demam kembali
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.