Sulit
3 tahun
Telinga berbunyi bising
Hai doctor on call,
Telinga Saya berbunyi bising slps Ada jgkitan kulat pada mgu lepas…mcmna sy nk hilangkan bunyi bising Ni?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kami faham tentang masalah anda dan berasa simpati terhadap anda. Jangkitan kulat yang anda hadapi pada minggu lepas berkemungkinan menyebabkan anda berasa telinga anda berdesing.
Terdapat beberapa punca telinga berdesing:
- Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
- Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
- Masalah pada tulang telinga
Encik boleh cuba ubat ubaan seperti Cinnarizin, tetapi ia memerlukan pemeriksaan dan peskripsi doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah kurang pendengaran sejak tingkatan 1 yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.