Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Telinga berdesing berkait dengan masalah otak?

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 23, 2020 10:01 AM

jawa3896 29 hari

Saya berumur 53 tahun dan mempunyai masalah telinga berdesing yg pastinya menggangu pendengaran dan kadangkala akan menyebabkan sakit kepala… Baru2 ini saya ada terbaca punca telinga berdesing adalah disebabkan ada gangguan pada otak… dan pada jangka panjang akan membuatkan kita cepat menjadi pelupa. Adakah statement ini benar dan jika benar apakah solusinya? Ubat2an mungkin…

Pernah berjumpa dgn pakar dan mereka memberikan sejenis cecair utk disemburkan ke dalam hidung. Keadaan masih sama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 29 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, masalah telinga berdering ini mungkin boleh punca secara langsung masalah sakit kepala anda ataupun tidak. Terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah telinga berdering yang anda hadapi ini, iaitu:

  • Jangkitan kuman pada telinga atau organ telinga yang boleh disebabkan oleh pengumpulan tahi telinga.
  • Telinga berdering ini boleh dipengaruhi oleh umur yang meningkat. Ini adalah disebabkan oleh pengusiaan organ telinga seperti cochlea dan sebagainya.
  • Penyakit pengerasan organ gegendang telinga yang terdapa di ruangan tengah telinga. (Otosclerosis)
  • Penyakit-penyakit dalaman yang lain seperti darah tinggi, penyakit jantung dan salur darah, kencing manis, alahan, ataupun masalah tiroid.
  • Kecederaan pada kepala yang boleh mengganggu pengsarafan deria pendengaran.
  • Menniere’s disease, iaitu suatu penyakit kronik yang mempengaruhi kesihatan organ pendengaran.
  • Jangkitan kuman pada saraf pendengaran yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada otak, ataupun sebaliknya.
    Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Kemungkinan ubat hidung yang diberi oleh doktor anda adalah ubat melegakan keradangan pada ruangan hidung dan mulut (nasofaring dan orofaring) yang boleh merebak ke ruangan telinga melalui tius eustachian.
Kami lebih sarankan anda berjumpa dengan dokotor anda untuk mengenalpasti masalah yang anda lalui, serta mendapatkan rawatan yang lebih sesuai. Sementara itu, kami boleh cadangkan anda untuk menjaga kebersihan saluran telinga anda agar mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Dikemaskini pada: Wed Sep 23 2020 10:01:49 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Telinga, Hidung & Tekak tentang ENT secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit dalam telinga berulang lagi Hai. Saya wanita berusia 23 tahun. Semalam saya telah berjumpa dengan doktor. Kemudian saya disuruh mencuci telinga di kecemasan. Di dalam telinga saya didapati terkena jangkitan kuman dan berna… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Hidung Tersumbat dan hilang deria Sy pregnant dan mengalami hidung tersumbat kerana selesema… Selesema sy sudah berkurangan cuma hidung masih tersumbat. Sejak 5 hari lepas sy hilang deria bau dan rasa. Adakah ianya normal? Apaka… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Masalah Resdung Hidung Berbau Hi,Saya berumur 30 tahun.Saya mengalami masalah resdung sudah lama,cuma sejak kebelakangan ini hidung saya selalu berbau busuk.Adakah perkara ini serious dan perlukan rawatan susulan atau hanya … Baca lagi...
30 hari
Sulit
Telinga saya tersumbat sewaktu saya bangun subuh tadi 04:40am & saya perasan telinga kanan saya tidak dapat mendengar dengan jelas & adakalanya tidak sama sekali tidak dapat mendengar Saya lelaki berusia 46 tahun, seorang driver Bas Sekolah… Masalah saya selepas bangun awal subuh tadi, saya perasan telinga kanan saya tidak dapat mendengar demgan jelas, ianya seperti tersumbat… Baca lagi...
31 hari
Sulit
Tonsil membengkak, resdung atau penyakit lain? Saya berumur 17 tahun. Sudah seminggu saya tidak hadir ke sekolah kerana demam yg berlarutan. Pada mulanya saya hanya mengalami sakit tekak kemudian demam sehingga seminggu. Tonsil saya membengk… Baca lagi...
32 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!