
ruziahchikrahim
5 tahun
Telinga bernanah(watery slightly pus)
Telinga saya berasa tidak selesa dan mengeluarkan cecair seperti nanah cair.
Saya telah berjumpa doktor dan diberi antibiotik (amoxilin) selama 3 hari (2biji 2x sehari bersama ubat titik telinga namun tiada perubahan.
Sehari selepas itu saya merujuk klinik kesihatan dan doktor meminta saya melanjutkan antibiotik yang sama dan ubat titik telinga untuk seminggu malangnya masih tiada perubahan.
Saya pergi semula ke klinik ksihatan yang sama dan doktor telah memeberi antibiotik baru (erythromicin) 2biji 2x sehari tapi tidak menyarankan ubat titik telinga.
Hari ke4 dengan erythromicin masih tidak beri sebarang perubahan. (Doktor di klinik kesihatan meminta saya ke klinik pada hari ke-5,esok 25/10/2019 untuk rawatan lanjut jika tiada perubahan).
Untuk perngetahuna doktor, saya bermula demgan batuk yang berkahak hijau hampir sebulan tanpa makan sebarang ubat.
Adakah mnyebabkan jgkitan di telinga saya di tahap serius?Apa saranan doktor selain memandangkan antibiotik yg diambil tiada kesan pada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Memandangkan anda telah mendapatkan rawatan antibiotik dan tidak berkesan, pihak kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak, ENT kerana mereka lebih arif dengan kesihatan telinga.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.