
Sulit
4 tahun
Telinga saya berasa berair atau merasai sesuatu mengalir namun tidak ada sebarang cecair yang keluar. Telinga juga tidak sakit, cuma kadang2 berasa tidak selesa di sesetengah waktu kerana merasa sesuatu mengalir/bergerak dalam telinga
Telinga saya berasa berair atau merasai sesuatu mengalir namun tidak ada sebarang cecair yang keluar. Telinga juga tidak sakit, cuma kadang2 berasa tidak selesa di sesetengah waktu kerana merasa sesuatu mengalir/bergerak dalam telinga. Ini sebab apa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada telinga
- kebocoran pada gegendang telinga
- nanah/abses
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.