
Sulit
5 tahun
Telinga terasa berdensing
Saya berumur 24 tahun. Saya mengalami telinga berdesing sejak 2 atau 3 hari yang lalu. Saya tidak mengalami simptom yang lain seperti keluar nanah dari telinga cuma saya tidak selesa dengan bunyi di telinga ni. Bunyi ni hanya didengari oleh saya sahaja. Saya mencari maklumat tentang ini di laman web dan kemungkinan punca ini adalah disebabkan taik telinga kering atau keradangan dalam telinga. Adakah perkara ini berbahaya ataupun saya hanya perlu beli ubat seperti ‘eardrop’ di farmasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Setiap penyakit yang disenaraikan mempunya gejala yang berkaitan seperti pendengaran yang rosak, pening kepala, muntah-muntah dan sejarah jangkitan virus yang teruk. Kami memerlukan lebih maklumat untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.